Monday 25 March 2013

tanda korang popular kat fesbuk

assalamualaikum. hello ebelibadi.


biasa bermain fesbuk tak? agak-agak korang ni popular tak kat fesbuk tu. kalau korang ada ciri-ciri seperti kat bawah ni maknanya korang memang popular di kalangan pelayan fesbuk di alam maya...

= jari lenguh sebab asyik mengapprove friendlist baru.

= terpaksa buat 2 3 akaun sebab akaun selalu penuh.

= seminit buat status terus beribu orang like.

= hanya membuat status aduh terus berduyun-duyun orang mendoakan kesihatan korang.

= terpaksa tutup chatting sebab tak larat nak layan.

= ramai yang gelisah bila korang tak online lebih dari 10 minit.

= ramai syarikat yang nak mengiklankan produk diorang kat page korang.

= mark zuckerberg terpaksa menghantar surat peringatan kepada korang.

= para artis terpaksa membuat perhimpunan bagi menghalang korang dari terus beronline.

= banyak akaun palsu menggunakan nama and gambar korang.

reunion amende kalau

assalamualaikum. hello ebelibadi.


reunion dalam bahasa yang lebih mudah bermaksud berkumpul semula selepas bertahun-tahun tak jumpa. ramai yang akan teruja bila majlis reunion akan diadakan tapi ada jugak beberapa perkara yang boleh merosakkan keseronokan reunion. ye la... reunion mende kalau...

~ reunion amende kalau hari-hari boleh jumpa.

~ reunion mende kalau terkenang cinta lama.

~ reunion mende kalau asyik nak mengumpat sesaja.

~ reunion mende kalau semua memalu aje.

~ reunion mende kalau baru sehari berpisah.

~ reunion mende kalau berjumpa asyik nak bertelagah.

~ reunion mende kalau masing-masing nak tunjuk gah.

tak sama dan tak serupa

assalamualaikum. hello ebelibadi.


pada korang yang gemar menulis mahupun petah berkata-kata, mesti ada kalanya tersasul. hati-hati bro... ada ayat kalau salah cakap boleh bawak bertumbuk. ada ayat nampak sama tapi tak serupa maksudnya, contohnya...

~ bengang dan bangang:

contoh ayat:- mohd naqiuddin terasa bengang bila ada orang memanggilnya bangang.

~ sepat dan sepet:

contoh ayat:- cik fara faidzal terkompius sebentar bila tak dapat bezakan antara ikan sepat dan kuih sepit kerana matanya sepet.

~ sakat dan zakat:

contoh ayat:- muhammad sid sering disakat oleh member opisnya kerana acap kali dia terlupa membayar zakat.

~ kakak dan katak:

contoh ayat:- muka saya sering cedera dicakar oleh kakak, kerana saya suka samakan muka kakak dengan katak.

~ lempang dan lempeng:

contoh ayat:- secara tak sengaja badli shah telah dilempang diyana fuzi kerana menegur lempengnya tak sedap.

~ rambut dan rembat:

contoh ayat:- nadzhirah sephia berang kerana rambut palsunya dirembat oleh peragut.

~ semput dan jemput:

contoh ayat:- shafiqah hairiri sampai semput naik tangga ke tingkat lapan untuk menjemput aqilah abbas pegi makan tengah hari.

~ bijak dan pijak:

contoh ayat:- walaupun kita bijak, bijak lagi tokey kedai pajak tapi jangan pijak pulak tokey kedai pajak kalau tanak yang nak dibajak dah dipajak orang lain.

P/s: segala nama di dalam entry ini tidak termasuk sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. main random je ambik nama nih semua.

untungnya selesema

assalamualaikum. hello ebelibadi.


ramai diantara kita termasuk iolss yang akan merungut bila kene selesema. susah nak bernafas la, tak selesa dan macam-macam rungutan lagi tapi sedarkah korang ada untungnya bila dijangkiti selesema ni, antaranya...

--- dah kompom deria bau tu tak boleh pakai, boleh la korang kentut sesuka hati.

--- member malas nak dekat sebab takut berjangkit. untungnya korang boleh la elak dari member yang suka pinjam duit, takpun dari member yang suka mengumpat.

--- boleh elak kalau suruh buat pengucapan awam atau apa-apa kerja yang melibatkan orang ramai.

--- boleh buat muka kesian, cikgu nak bagi kerja sekolah pun simpati. kan dah untung tu.

--- perkara yang paling untung ialah... boleh dapat MC.

Saturday 23 March 2013

tinjau yang boleh mendatangkan marah

assalamualaikum. hello ebelibadi.


tinjau? tak nak la, tak berani aku hai... silap hari bulan makan penampar. kau nak tinjau, tinjau la sorang-sorang.

tinjau orang mandi~
-- dah gatal sangat sampai orang mandi pun korang nak tinjau. nah, ambil sepam! kali ni korang pegi klinik, lain kali korang terus masuk ICU.

tinjau kat mesin ATM~
-- memang muka tak malu, duit orang pun korang nak tinjau. lantak dia la nak cucuk ATM berapa kali pun... yang korang sibuk nak tinjau apasal?

tinjau rumah orang~
-- dah tau salam tak berjawab, maknanya tu tak de orang... balik je la. tak memasal nak tinjau celah cermin tingkap apasal, kan orang dah salah anggap ingatkan pencuri dan tak pasal-pasal kena tangkap polis.

tinjau jawapan orang~
-- tinjau-tinjau nak meniru la tu. sapa suruh tak nak belajar, time periksa pandai pulak nak tinjau-tinjau.

tinjau dompet orang~
-- dah tau dompet orang punya nak buat apa tinjau-tinjau. dah tinjau mengutuk pulak tu... buat orang marah je.

tinjau pergaduhan orang~
-- orang tengah bergaduh laki bini sibuk pulak korang nak tengok, memang la korang pun sama sekali nak kena hempuk.

tinjau majalah orang~
-- orang tengah syok baca majalah, korang pulak dok tinjau-tinjau pastu korang pulak gelak lelebih. memang nak kene tinju la tu...

keperitan vs keperihatinan

assalamualaikum. hello ebelibadi.


dari pejabat aku ke restoran makan, aku ada janji temu dengan kawan lama. dah lama benar aku tak bersua, sekarang baru ada peluang aku berjumpa dengannya tapi taida apa-apa yang teruja ketika bertemu. namun ada sesuatu yang terjadi selepas aku bertemu dengan kawan lama aku ini, memang mengejutkan aku. 

selesai temujanji makan tengah hari aku pun ke kereta. aku bukak pintu kereta dan masuk. aku baru nak tekan punat kunci tiba-tiba kereta aku dah dimasuki seorang budak lelaki. aku punyalah terkejut.

"kak, maaf. saya nak tumpang. kak, jalan kak... saya dalam bahaya," beritahu budak lelaki dalam lingkungan 16 tahun.

aku memang berdebar-debar, aku tak tahu sekarang siapa dalam situasi bahaya, sama ada dia atau aku. dia masuk ke dalam dan menceroboh kereta aku tapi dia kata dia dalam bahaya. dia menekan punat kunci. dari cermin aku nampak ada tiga orang lelaki berbadan sasa, memandang kiri kanan, mencari seseorang. aku bagaikan faham. aku menghidupkan enjin kereta. budak itu menyorok ke bawah tempat duduk supaya tidak kelihatan dari tiga orang lelaki itu.

aku memandu keluar dari tempat parking kereta itu dan terus ke depan. budak itu membetulkan duduknya.

"kak, terima kasih." katanya sambil mengesat peluh.

budak lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. aku mengagak budak itu mencuri.

"mencuri ye?" tanya aku.

aku perhatikan barang yang keluar dari bajunya, ubat dan roti.

"terpaksa kak. mak saya sakit kat rumah. bapak saya dah lama tak balik. bapak pergi tak tinggalkan duit. sekarang ni mak sakit teruk. saya hanya pelajar sekolah, itu pun dah berapa hari tak pergi sekolah jaga mak. kesian mak kak. saya terpaksa." beritahunya.

aku terus terdiam. rasa sayu di hati aku. aku memandang ubat batuk dan pil sakit kepala sekotak serta roti. tapi aku rasa macam ragu-ragu. budak-budak sekarang bukan boleh percaya. jadi untuk aku meyakinkan diri aku, aku hantar dia balik sampai rumah flatnya. tanpa dia sedari aku mengekorinya. aku takut jugak. dibuatnya budak jahat, habisaku nanti tapi dari raut muka dan matanya aku lihat begitu penderitaan yang dialaminya.

sampai kat rumah dia, aku tengok begitu uzur sekali dalam rumah itu. pintu rumah tu pun dah kopak seperti pernah ditendang orang. aku menyelinap masuk terus dan ke bilik. memang benar maknya terlantar sakit. aku lihat budak lelaki itu menyuap roti ke mulut maknya dengan hanya mencecah air masak.

memang aku tak tahan sebak di dada. tak sangka masih ada lgi yang hidup susah sebegini. aku ingat aku adalah orang yang paling susah. aku terus keluar dari rumah itu dan menelefon badan kebajikan masyarakat memberitahu tentang keluarga yang tercicir itu. alhamdulillah, segala keperitan mendapat keperihatinan masyarakat sekeliling.

Friday 22 March 2013

cara nak mudah tidur

assalamualaikum. hello ebelibadi.


kali ni iolss buat tips kesihatan pasal sekarang ramai orang dah tak kisah pasal kepentingan menjaga kesihatan. iolss harap dengan adanya tips uolss dapat manfaatnya. di sini iolss tunjukkan cara-cara nak mudah tidur.

tips 1~ uolss pilih la kerja seperti receptionist.

tips 2~ uolss rajin-rajinkan diri datang kerja pada hari minggu.

tips 3~ uolss duduk depan komputer yang selalu bermasalah.

tips 4~ uolss tengok cerita-cerita amat memboringkan.

tips 5~ jangan tidur semalaman, lepas tu esoknya uolss tidur la.

tips 6~ uolss makan pil tidur atau ubat tidur *sonang cito eh*

7 kalimah agung

assalamualaikum. hello ebelibadi


sabda rasulullah s.a.w, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh allah dan malaikat, dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

alhamdulillah: pada tiap-tiap melakukan sesuatu.

in shaa allah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

astaghfirlullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.

amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh allah.

Thursday 21 March 2013

cara berkesan menggelakkan diri sendiri

assalamualaikum. hello ebelibadi.


selalu korang suka gelakkan orang. jarang sekali korang menggelakkan diri sendiri. bunyi macam tak masuk akal je kan? mana boleh nak gelakkan diri sendiri. kat sini ada cara-cara macam mana korang boleh menggelakkan diri korang sendiri. hahahahah!!!

~ tengok balik ayat-ayat cinta masa mula-mula mengorat bini or suami korang dulu. ada rasa-rasa nak termuntah tak?

~ ingat balik zaman kegemilangan kanak-kanak korang. seronok je dulu kan?

~ tengok gambar korang masa muda-muda dulu. nak lagi best tengok gambar zaman sekolah. mesti tiba-tiba korang tersenyum.

~ tengok muka sendiri kat cermin, jangan tengok sekejap. paling minima pun lima jam. mesti tak semena-mena korang akan gelak dengan sendiri.

~ sambil jalan korang menyadungkan kaki sendiri. buat dalam keadaan sereal-realnya.

~ pakai balik baju atau seluar masa korang tengah kurus dulu. dah pakai lepas tu pergi kat cermin. tengok betapa tak senonohnya perangai korang tu.

hehe! mesti korang fikir tak masuk akal kan tips yang iolss bagi nih! huhu! sukati i lorghh!!

jawapan ekstrem bila ditanya "bila hang nak khawin?"

assalamualaikum. hello ebelibadi


bagi korang yang selalu diajukan soalan macam ni mesti dah naik muak nak jawab. cuba korang try bagi jawapan macam ni, kot kalau diorang tanya lagi... baik korang kawin je la memang dah wajib kawin pun.

  • yang nak khawin aku, yang korang sibuk-sibuk ni apa hal
  • selagi tak de seratus ribu depan mata aku, jangan harap aku nak terima pinangan.
  • aku kawin, korang sponsor boleh?
  • semua yang aku kenal, sorang pun tak de yang macam miss universe. yang ada pun semua tak de selera aku tengok.
  • banyak lagi kelab yang aku tak pergi. takkan dah kawin nanti aku nak bawak bini aku pulak.
  • aku kawin dengan kau jela...
  • nanti kalau aku kawin habis harta aku kene kebas.
  • rileks la, umur aku belim cecah seratus tahun lagi.
  • kalau aku kawin boleh setel ke hutang aku dengan kau?
  • kalau aku tak kawin, kau tak boleh makan nasik eh?
berikut merupakan serba tips-tips yang korang boleh buat. kalau tak buat pun tak ape. tak mati punnn.. :P


mertua vs menantu


assalamualaikum. hello ebelibadi!

dari dulu isu mak mertua dan menantu sering kita dengar, dari zaman tok kaduk lagi sehingga keluarlah cerita ibu mertuaku yang dilakonkan oleh allahyarham p.ramlee. "siapa kasim selamat?" dialog tu memang terlekat pada setiap penggemar drama hitam putih itu. baik menantu lelaki atau perempuan, jika emaknya tidak berkenan akan pilihan hatinya pasti ibu mertua akan mencari salah dan jalan untuk menyingkirkan menantu yang bukan pilihan mereka.

kejam kan, bukankah sebuah perkahwinan itu adalah ketentuan ilahi. tak kira siapa jodoh anak itu, patutnya ibu itu harus redha dan mendoakan kebahagiaan anak tapi tidak boleh salahkan ibu mertua seratus peratus juga, kene tengok siapa menantunya. kalau menantunya kurang ajar dan tidak mendengar kata memang patutlah ibu mertuanya melenting.

ketika aku pulang dari kerja aku terserempak dengan isteri sepupu aku. aku nampak dia berjalan kaki di atas fly over seorang diri. bahaya betul dia berjalan seorang diri, jadi aku berhentikan kereta dan pelawa dia naik.

"nak ke mana nie?" tanya aku.

isteri sepupu aku, fifi diam dan tak menjawab soalan aku. dalam hati aku pasti ada yang tak kena. aku perhatikan tangannya, tangannya kosong tanpa membawa apa-apa., mungkin di seluar jeansnya ada purse, agak akulah.

"fifi nak balik rumah mak chu ke atau nak ke tempat lain?" aku pancing dengan soalan yang berbeza tapi maksudnya sama.

"tak mahu balik, fifi nak cari fizzy. fifi nak pergi tempat kerja fizzy." fifi membuka mulut.

"oh ye, nak saya hantarkan kat sana? baby mana?" tanya aku.

"ada kat rumah ibu. boleh juga hantar fifi." kata fifi.

aku anggukkan kepala tanda setuju dan berpatah balik untuk ke tempat kerja fizzy. bagi aku itu tak menjadi hal, dari dia jalan kaki dan membahayakan dirinya berjalan seorang diri di tepi highway baik aku hantarkan pada suaminya.

lepas hantar fifi aku singgah ke rumah mak chu aku. aku sebenarnya nak memberitahu mak chu bahawa aku terserempak dengan fifi dan aku hantar dia kat tempat kerja fizzy. sampai kat rumah mak chu muka dia masam mencuka dan aku dah faham kenapa fifi berjalan seorang diri menuju ke tempat kerja suaminya.

"aku tak ada pun marah-marah dia, aku hanya masukkan baby dia dalam buaian. dia cakap dia tak nak ajar anak dia tidur dalam buaian. nanti lecehlah, susahlah kalau anak dia tidur buai... susah bila pergi rumah oranglah. aku tak cakap apa-apapun. lepas makan dia kemas pinggan mangkuk, dan aku tengok dia hilang je. entah IC dia pun dia bawa atau tidak. anaknya dibiarkan menangis. mana aku tak bising dengan perangai macam tu." bebel mak chu.

macam peluru berpandu pulak mak chu aku ni bercakap. ermm... ini hal rumah tangga ni, hal rumah yang menantu dan mertua duduk sebumbung dan tak sebulu. lebih-lebih lagi menantu itu bukan menantu pilihan.

"tengok! aku paling pantang perempuan pergi kat tempat kerja suaminya sebab nak mengadi domba. bukan ke laki kau tu tengah cari rezeki, takkan dia pergi rumah mak saudara dia dan mengata macam-macam pasal ibu mertuanya ni. tu apa tu jalan kaki sorang-sorang tinggalkan anak yang baru usia lima bulan, tu namanya tak waras." sambung mak chu aku lagi.

aku diam je, tak boleh masuk campur sebab aku tak tahu siap betul, siapa salah. yang aku tahu mak chu aku memang tak berkenan apa sahaja yang dibuat menantunya dan menantunya tak boleh menerima apa yang dikata ibu mertuanya.

itu sebanrnya cerita empat bulan lepas, setiap kali fifi kecil hati pada ibu mertuanya dia akan lari sama ada bawa anak atau seorang diri. fifi akan menuju ke rumah mak saudaranya, satu-satu saudara yang dia ada. ibu fizzy pula juga tak mahu bertolak ansur dengan menantunya. baginya dia lebih dulu makan garam ], dia sahaja yang betul sebab dia dah lama hidup dan banyak pengalaman. sehingga satu hari, mak saudara fifi juga tidak setuju dengannya dan tidak mahu menerimanya. apabila dia datang untuk menumpang, mak saudara fifi akan marah dan menghalaunya demi untuk kebaikan. 

manakala, ibu fizzy yang lebih dulu dah makan garam sehingga darahnya naik tinggi dan terkena strok, sebelah kakinya tidak boleh bergerak dan memerlukan penjagaan. ketika itu masing-masing baru nampak akan keperluan satu sama lain, fifi yang tiada tempat untuk mengadu telah mula mendengar kata dan mengikut rentak hukum rumah ibu mertuanya dan ibu mertuanya yang mengalami strok telah bertolak ansur dengan menantunya kerana ketika anak-anaknya bekerja, fifi akan membantunya dari segi memasak, mambasuh dan menjaga keperluannya.

rupanya tidak kira menantu itu manatu pilihan atau bukan... kalau saling menghormati dan redha pasti akan ada penyesuain antaranya. istilah ibu mertua cerewet dan menantu jadi hantu takkan wujud kalau masing-masing cuba mengenali diri masing-masing. sebagai seorang wanita pasti akan melalui menjadi menantu dan jika ada anak pasti suatu hari nanti akan melalui ibu mertua juga.


kakak vs adik


assalamualaikum. hello ebelibadi!

hari ini ada sedikit cerita yang hendak dikongsikan. cerita cinta. benarkah cinta itu terlalu subjektif? cinta terlalu luas jika nak dihuraikan ciri-cirinya. cinta juga tak terbatas antara pencipta dan hambanya mahupun sepasang kekasih.

cinta bukan terbatas untuk orang yang bercinta tetapi sifat cinta itu sendiri, cinta sesama manusia contohnya cinta sekeliling. cinta sekeliling inilah harus dititikberatkan. lebih-lebih lagi cinta kakak dan adik.

aku sakit hati betul tengok kakak aku, aku mengaku dahlah dia memang lebih cantik dari aku bahkan dia memang lebih bijak dari aku. sikap dan personalitinya memang matang itu yang membuatkan aku sendiri admire dengannya dalam diam.

hinggalah satu hari, waktu itu aku rasa down sangat. mana taknya, kat sekolah dia dahlah yang paling popular. bila kami berjalan berdua, semua mata memandang ke arahnya, iulan yang berbunyi juga ditujukan padanya. yang aku bengang sangat syed budriz yang aku idam-idamkan tu. hish! geramnye. syed budriz tu panggil aku. wow! aku sangat teruja. dia tanya khabar pada aku, senyum pada aku dan tiba-tiba kata nak berkenalan... aku dah senyum lebar. masa tu rasanya macam dah terapung.

teett! bukan perkenalan dengan aku tapi suruh aku sampaikan salam aku pada kakak aku. aaaaaa! rasanya macam nak terjun bangunan. aku masih bersabar. bila balik pula, mak pulak dok puji dia rajinlah, ringan tulanglah. yang aku ni ape? kewujudan aku langsung dorang tak nampak. tolong!

esoknya aku bangun dengan satu idea. terus aku capai telefon bimbitku. aku MMS gambar kakak aku yang paling comot masa dia masih kecil. bukan tu saja, aku letak kat facebook dia. biar orang tengok siapa dia. semua orang ingat dia tu miss perfect.

aku seperti biasa berjalan dengan dia ke bus stop untuk menunggu bas ke sekolah. kakak aku seperti biasa senyum pada aku, berbual dan pagi itu dia tolong aku bawa beg kertas aku yang dalamnya ada projek pendidikan seni. dia memang selalu baik hati. nama pun kakak, memang patutulah dia tolong aku. masa dia pandang melihat kereta yang sibuk, aku sempat jeling pada dia. dia tak tahu aku memang sakit hati padanya. memanglah dia tak pernah buat salah.

tiba-tiba sebuah motor dengan laju dan pantas menuju ke arah tempat aku berdiri. aku memang panik. aku tergamam. aku tahu akan dilanggar motor tu. aku menjerit. "aaaaaaaaaaaaa!"

kedebush! bukan aku yang dilanggarnya tapi kakak aku menolak aku ke tepi dan motor tu melanggar dia... dan dia terhimpit di antara motor dan pokok besar kat tepi bus stop.

di kala itu, aku berkejar ke arahnya. kakak aku dah berlumuran darah. aku meribanya. kakak aku memandang aku, nafasnya turun naik. 

"kakak! tolong!"

kakak aku senyum pada aku, dia memegang pipi aku dengan tangannya yang berlumuran darah.

"kakak sayang kamu."

"kakakkkk!" kakak menghembuskan nafas terakhir di riba aku.

hilang semua perasaan marah, benci, cemburu aku pada kakak aku. aku sebenarnya sayang pada kakak tapi aku tak sempat ucapkan.

aku menyesal tak sempat huraikan kasih aku padanya tak sempat meminta ampun padanya. dia bukan sahaja kakak aku malah dia adalah sahabat aku yang selama ini banyak melindungi aku dan menjaga aku. aku sendiri tak pernah menghargai saat-saat aku bersamanya.

"kakak, adik minta maaf kakak. adik tak membenci kakak. bukan itu maksud adik. kakak banyak beralah pada adik, banyak menjaga hati adik dan banyak makan hati dengan adik. kakak!"