Thursday 21 March 2013

kakak vs adik


assalamualaikum. hello ebelibadi!

hari ini ada sedikit cerita yang hendak dikongsikan. cerita cinta. benarkah cinta itu terlalu subjektif? cinta terlalu luas jika nak dihuraikan ciri-cirinya. cinta juga tak terbatas antara pencipta dan hambanya mahupun sepasang kekasih.

cinta bukan terbatas untuk orang yang bercinta tetapi sifat cinta itu sendiri, cinta sesama manusia contohnya cinta sekeliling. cinta sekeliling inilah harus dititikberatkan. lebih-lebih lagi cinta kakak dan adik.

aku sakit hati betul tengok kakak aku, aku mengaku dahlah dia memang lebih cantik dari aku bahkan dia memang lebih bijak dari aku. sikap dan personalitinya memang matang itu yang membuatkan aku sendiri admire dengannya dalam diam.

hinggalah satu hari, waktu itu aku rasa down sangat. mana taknya, kat sekolah dia dahlah yang paling popular. bila kami berjalan berdua, semua mata memandang ke arahnya, iulan yang berbunyi juga ditujukan padanya. yang aku bengang sangat syed budriz yang aku idam-idamkan tu. hish! geramnye. syed budriz tu panggil aku. wow! aku sangat teruja. dia tanya khabar pada aku, senyum pada aku dan tiba-tiba kata nak berkenalan... aku dah senyum lebar. masa tu rasanya macam dah terapung.

teett! bukan perkenalan dengan aku tapi suruh aku sampaikan salam aku pada kakak aku. aaaaaa! rasanya macam nak terjun bangunan. aku masih bersabar. bila balik pula, mak pulak dok puji dia rajinlah, ringan tulanglah. yang aku ni ape? kewujudan aku langsung dorang tak nampak. tolong!

esoknya aku bangun dengan satu idea. terus aku capai telefon bimbitku. aku MMS gambar kakak aku yang paling comot masa dia masih kecil. bukan tu saja, aku letak kat facebook dia. biar orang tengok siapa dia. semua orang ingat dia tu miss perfect.

aku seperti biasa berjalan dengan dia ke bus stop untuk menunggu bas ke sekolah. kakak aku seperti biasa senyum pada aku, berbual dan pagi itu dia tolong aku bawa beg kertas aku yang dalamnya ada projek pendidikan seni. dia memang selalu baik hati. nama pun kakak, memang patutulah dia tolong aku. masa dia pandang melihat kereta yang sibuk, aku sempat jeling pada dia. dia tak tahu aku memang sakit hati padanya. memanglah dia tak pernah buat salah.

tiba-tiba sebuah motor dengan laju dan pantas menuju ke arah tempat aku berdiri. aku memang panik. aku tergamam. aku tahu akan dilanggar motor tu. aku menjerit. "aaaaaaaaaaaaa!"

kedebush! bukan aku yang dilanggarnya tapi kakak aku menolak aku ke tepi dan motor tu melanggar dia... dan dia terhimpit di antara motor dan pokok besar kat tepi bus stop.

di kala itu, aku berkejar ke arahnya. kakak aku dah berlumuran darah. aku meribanya. kakak aku memandang aku, nafasnya turun naik. 

"kakak! tolong!"

kakak aku senyum pada aku, dia memegang pipi aku dengan tangannya yang berlumuran darah.

"kakak sayang kamu."

"kakakkkk!" kakak menghembuskan nafas terakhir di riba aku.

hilang semua perasaan marah, benci, cemburu aku pada kakak aku. aku sebenarnya sayang pada kakak tapi aku tak sempat ucapkan.

aku menyesal tak sempat huraikan kasih aku padanya tak sempat meminta ampun padanya. dia bukan sahaja kakak aku malah dia adalah sahabat aku yang selama ini banyak melindungi aku dan menjaga aku. aku sendiri tak pernah menghargai saat-saat aku bersamanya.

"kakak, adik minta maaf kakak. adik tak membenci kakak. bukan itu maksud adik. kakak banyak beralah pada adik, banyak menjaga hati adik dan banyak makan hati dengan adik. kakak!"


No comments:

Post a Comment