Saturday 23 March 2013

keperitan vs keperihatinan

assalamualaikum. hello ebelibadi.


dari pejabat aku ke restoran makan, aku ada janji temu dengan kawan lama. dah lama benar aku tak bersua, sekarang baru ada peluang aku berjumpa dengannya tapi taida apa-apa yang teruja ketika bertemu. namun ada sesuatu yang terjadi selepas aku bertemu dengan kawan lama aku ini, memang mengejutkan aku. 

selesai temujanji makan tengah hari aku pun ke kereta. aku bukak pintu kereta dan masuk. aku baru nak tekan punat kunci tiba-tiba kereta aku dah dimasuki seorang budak lelaki. aku punyalah terkejut.

"kak, maaf. saya nak tumpang. kak, jalan kak... saya dalam bahaya," beritahu budak lelaki dalam lingkungan 16 tahun.

aku memang berdebar-debar, aku tak tahu sekarang siapa dalam situasi bahaya, sama ada dia atau aku. dia masuk ke dalam dan menceroboh kereta aku tapi dia kata dia dalam bahaya. dia menekan punat kunci. dari cermin aku nampak ada tiga orang lelaki berbadan sasa, memandang kiri kanan, mencari seseorang. aku bagaikan faham. aku menghidupkan enjin kereta. budak itu menyorok ke bawah tempat duduk supaya tidak kelihatan dari tiga orang lelaki itu.

aku memandu keluar dari tempat parking kereta itu dan terus ke depan. budak itu membetulkan duduknya.

"kak, terima kasih." katanya sambil mengesat peluh.

budak lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. aku mengagak budak itu mencuri.

"mencuri ye?" tanya aku.

aku perhatikan barang yang keluar dari bajunya, ubat dan roti.

"terpaksa kak. mak saya sakit kat rumah. bapak saya dah lama tak balik. bapak pergi tak tinggalkan duit. sekarang ni mak sakit teruk. saya hanya pelajar sekolah, itu pun dah berapa hari tak pergi sekolah jaga mak. kesian mak kak. saya terpaksa." beritahunya.

aku terus terdiam. rasa sayu di hati aku. aku memandang ubat batuk dan pil sakit kepala sekotak serta roti. tapi aku rasa macam ragu-ragu. budak-budak sekarang bukan boleh percaya. jadi untuk aku meyakinkan diri aku, aku hantar dia balik sampai rumah flatnya. tanpa dia sedari aku mengekorinya. aku takut jugak. dibuatnya budak jahat, habisaku nanti tapi dari raut muka dan matanya aku lihat begitu penderitaan yang dialaminya.

sampai kat rumah dia, aku tengok begitu uzur sekali dalam rumah itu. pintu rumah tu pun dah kopak seperti pernah ditendang orang. aku menyelinap masuk terus dan ke bilik. memang benar maknya terlantar sakit. aku lihat budak lelaki itu menyuap roti ke mulut maknya dengan hanya mencecah air masak.

memang aku tak tahan sebak di dada. tak sangka masih ada lgi yang hidup susah sebegini. aku ingat aku adalah orang yang paling susah. aku terus keluar dari rumah itu dan menelefon badan kebajikan masyarakat memberitahu tentang keluarga yang tercicir itu. alhamdulillah, segala keperitan mendapat keperihatinan masyarakat sekeliling.

No comments:

Post a Comment