Thursday 21 March 2013

mertua vs menantu


assalamualaikum. hello ebelibadi!

dari dulu isu mak mertua dan menantu sering kita dengar, dari zaman tok kaduk lagi sehingga keluarlah cerita ibu mertuaku yang dilakonkan oleh allahyarham p.ramlee. "siapa kasim selamat?" dialog tu memang terlekat pada setiap penggemar drama hitam putih itu. baik menantu lelaki atau perempuan, jika emaknya tidak berkenan akan pilihan hatinya pasti ibu mertua akan mencari salah dan jalan untuk menyingkirkan menantu yang bukan pilihan mereka.

kejam kan, bukankah sebuah perkahwinan itu adalah ketentuan ilahi. tak kira siapa jodoh anak itu, patutnya ibu itu harus redha dan mendoakan kebahagiaan anak tapi tidak boleh salahkan ibu mertua seratus peratus juga, kene tengok siapa menantunya. kalau menantunya kurang ajar dan tidak mendengar kata memang patutlah ibu mertuanya melenting.

ketika aku pulang dari kerja aku terserempak dengan isteri sepupu aku. aku nampak dia berjalan kaki di atas fly over seorang diri. bahaya betul dia berjalan seorang diri, jadi aku berhentikan kereta dan pelawa dia naik.

"nak ke mana nie?" tanya aku.

isteri sepupu aku, fifi diam dan tak menjawab soalan aku. dalam hati aku pasti ada yang tak kena. aku perhatikan tangannya, tangannya kosong tanpa membawa apa-apa., mungkin di seluar jeansnya ada purse, agak akulah.

"fifi nak balik rumah mak chu ke atau nak ke tempat lain?" aku pancing dengan soalan yang berbeza tapi maksudnya sama.

"tak mahu balik, fifi nak cari fizzy. fifi nak pergi tempat kerja fizzy." fifi membuka mulut.

"oh ye, nak saya hantarkan kat sana? baby mana?" tanya aku.

"ada kat rumah ibu. boleh juga hantar fifi." kata fifi.

aku anggukkan kepala tanda setuju dan berpatah balik untuk ke tempat kerja fizzy. bagi aku itu tak menjadi hal, dari dia jalan kaki dan membahayakan dirinya berjalan seorang diri di tepi highway baik aku hantarkan pada suaminya.

lepas hantar fifi aku singgah ke rumah mak chu aku. aku sebenarnya nak memberitahu mak chu bahawa aku terserempak dengan fifi dan aku hantar dia kat tempat kerja fizzy. sampai kat rumah mak chu muka dia masam mencuka dan aku dah faham kenapa fifi berjalan seorang diri menuju ke tempat kerja suaminya.

"aku tak ada pun marah-marah dia, aku hanya masukkan baby dia dalam buaian. dia cakap dia tak nak ajar anak dia tidur dalam buaian. nanti lecehlah, susahlah kalau anak dia tidur buai... susah bila pergi rumah oranglah. aku tak cakap apa-apapun. lepas makan dia kemas pinggan mangkuk, dan aku tengok dia hilang je. entah IC dia pun dia bawa atau tidak. anaknya dibiarkan menangis. mana aku tak bising dengan perangai macam tu." bebel mak chu.

macam peluru berpandu pulak mak chu aku ni bercakap. ermm... ini hal rumah tangga ni, hal rumah yang menantu dan mertua duduk sebumbung dan tak sebulu. lebih-lebih lagi menantu itu bukan menantu pilihan.

"tengok! aku paling pantang perempuan pergi kat tempat kerja suaminya sebab nak mengadi domba. bukan ke laki kau tu tengah cari rezeki, takkan dia pergi rumah mak saudara dia dan mengata macam-macam pasal ibu mertuanya ni. tu apa tu jalan kaki sorang-sorang tinggalkan anak yang baru usia lima bulan, tu namanya tak waras." sambung mak chu aku lagi.

aku diam je, tak boleh masuk campur sebab aku tak tahu siap betul, siapa salah. yang aku tahu mak chu aku memang tak berkenan apa sahaja yang dibuat menantunya dan menantunya tak boleh menerima apa yang dikata ibu mertuanya.

itu sebanrnya cerita empat bulan lepas, setiap kali fifi kecil hati pada ibu mertuanya dia akan lari sama ada bawa anak atau seorang diri. fifi akan menuju ke rumah mak saudaranya, satu-satu saudara yang dia ada. ibu fizzy pula juga tak mahu bertolak ansur dengan menantunya. baginya dia lebih dulu makan garam ], dia sahaja yang betul sebab dia dah lama hidup dan banyak pengalaman. sehingga satu hari, mak saudara fifi juga tidak setuju dengannya dan tidak mahu menerimanya. apabila dia datang untuk menumpang, mak saudara fifi akan marah dan menghalaunya demi untuk kebaikan. 

manakala, ibu fizzy yang lebih dulu dah makan garam sehingga darahnya naik tinggi dan terkena strok, sebelah kakinya tidak boleh bergerak dan memerlukan penjagaan. ketika itu masing-masing baru nampak akan keperluan satu sama lain, fifi yang tiada tempat untuk mengadu telah mula mendengar kata dan mengikut rentak hukum rumah ibu mertuanya dan ibu mertuanya yang mengalami strok telah bertolak ansur dengan menantunya kerana ketika anak-anaknya bekerja, fifi akan membantunya dari segi memasak, mambasuh dan menjaga keperluannya.

rupanya tidak kira menantu itu manatu pilihan atau bukan... kalau saling menghormati dan redha pasti akan ada penyesuain antaranya. istilah ibu mertua cerewet dan menantu jadi hantu takkan wujud kalau masing-masing cuba mengenali diri masing-masing. sebagai seorang wanita pasti akan melalui menjadi menantu dan jika ada anak pasti suatu hari nanti akan melalui ibu mertua juga.


No comments:

Post a Comment